Halaman

Selasa, 5 November 2013

Permulaan saya bersama Herbalife: Episod 3 (kenapa ambil produk tu?)

Bismillah...

Dalam entri lepas, saya sudah beritahu apa produk permulaan yang saya ambil...
Kenapa saya membeli semua produk tersebut? (Sebab mentor atau coach saya suruh ambil...hehe!) Lupe nak bgtau, bila anda membeli produk herbalife, automatik anda akan dapat coach yang akan pantau perkembangan anda... best kan? So, apa2 boleh tanya kat dia... perjalanan nak diet pun jd lebih teratur... Ok, balik kepada cerita nak uruskan berat ni...

Jika anda ingin menguruskan berat badan samada anda ingin tambah, kekal mahupun kurangkan berat, anda perlu tahu apakah matlamat anda... berapa berat yang anda sasarkan, berapa inci pengurangan pada saiz badan dan tempoh yang anda beri untuk diri anda capai matlamat tersebut...

Terdapat 3 produk asas herbalife yang telah saya terangkan pada entri terdahulu... mengikut pencarian saya melalui internet:
1. Nak turun berat cepat: ambil F1 dan teamix
2. Nak kurang inci cepat: ambil F1, F3 dan teamix

Saya berhasrat untuk mencapai berat 60kg menjelang tahun 2014. Pada permulaan saya bersama herbalife pada 01/09/13 berat saya adalah 76.4 kg... jadi saya perlu mengurangkan sekurang-kurangnya 16kg dalam tempoh 4 bulan... setiap bulan saya harus turunkan sebanyak 4 kilo... saya kurang fikir tentang nak kurangkan inci... tetapi berbeza pula pandangan coach saya... menurut dia, saya perlu kurangkan inci juga kerana saya sudah berjaya mengurangkan berat daripada 82 kepada 76... maka sepatutnya badan saya akan kelihatan lebih kecil... tetapi perkara tu tak berlaku dan orang pun tak perasan berat saya dah turun...

Maka sebab itu lah saya mengambil ketiga-tiga produk herbalife ni... (kalau ikut budget saya, F1 dan teamix pun cukupla....huhu!) Pastu kenapa saya kena beli 2 botol F1? Sebabnya, purata penggunaan sebotol F1 tu adalah untuk 30 hingga 40 hari... sehari kena ambil 2 kali herbalife... so sebotol boleh tahan 15 hingga 20 hari.... ini pun bergantung kepada cara anda scoop dan berapa kali pengambilan dalam sehari... nanti saya terangkan kemudian cara scoop tu ye...

Secara asasnya cara pengambilan herbalife untuk pengurusan berat ialah:
1. Untuk turunkan berat: 2 shake (F1+F3) dan 1 hidangan normal
2. Untuk kekal berat: 1 shake (F1+F3) dan 2 hidangan normal
3. Untuk tambah berat: 3 shake selepas 3 hidangan normal

Ha, untuk turunkan berat kena la ambil 2 kali shake herbalife tu... sebab tu kena beli 2 botol supaya cukup untuk sebulan... Pastu saya ada gak tertanya-tanya, kenapa suruh beli teamix 100g eh? kan ade yang 50g je... jawapan coach saya senang je... 100g lebih murah jadi lebih jimat...huhu! setelah menggunakannya, baru la saya tahu, selain daripada lebih murah, rupa-rupaya 1 botol 100g memang cukup-cukup untuk penggunaan saya selama sebulan...

Nak tahu macam mana saya ambil produk herbalife? Sambung kat entri lain ye... :)

Permulaan saya bersama Herbalife: Episod 2 (apa produk saya?)

Pada entri lepas, saya ada nyatakan titik permulaan saya bersama herbalife...
Saya juga ada nyatakan saya membeli produk herbalife untuk sebulan pada harga retail... apa yang saya beli?

2 botol Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink (a.k.a F1)

1 botol Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder (a.k.a F3)

1 botol Tea Mix-Lemon and Hibiscus 100g
Harga? Nanti di entri lain ye...hehe!

Ni lah produk herbalife pertama saya!

Herbalife juga ada produk lain yang boleh diamalkan bersama, tetapi tiga produk ni la yang menjadi terasnya...

Meh saya terangkan secara ringkas tentang ketiga-tiga produk ni... semua ni copy paste dari sumber herbalife ye...


Formula 1
  • Hidangan menyihatkan dengan 16 vitamin, mineral dan nutrien penting
  • 8.7 g-9.9 g protein dan serat yang menyihatkan membantu menyokong pengurusan berat badan.
  • 5 perisa enak
  • 0 kolesterol ; 0 lemak trans

Formula 3
  • Membantu membina dan mengekalkan jisim otot yang tidak berlemak
  • Suplemen protein bebas lemak untuk kawal pemakanan
  • 5 g protein soya dan kesemua 9 asid amino perlu

Tea Mix
  • Antioksidan dan manfaat termogenik teh hijau
  • Merangsang tenaga dan sokongan pengurusan berat badan
  • Berkalori rendah, lazat dan segera

Secara ringkasnya F1 diperlukan untuk turunkan berat badan, F3 untuk pembinaan otot supaya lebih kalori dapat dibakar dan Teamix untuk tingkatkan metabolisma supaya sentiasa bertenaga. Ini produk yang saya beli ye... orang lain mungkin keperluannya berbeza... ada sebab kenapa setiap individu mungkin gunakan produk secara berbeza....

Kenapa saya beli 2 botol F1, 1 F3 dan teamix 100 g? nanti saya terangkan di entri lain ye...


Permulaan saya bersama herbalife: Episod 1 (sebab musabab)

Bismillah...
Assalamualaikum...

Telah masuk kita ke tahun hijrah yang baru... semoga kita menjadi insan yang lebih baik pada tahun mendatang... namun, pengalaman pada tahun sebelumnya perlu kita jadikan pengajaran...

Dalam entri-entri Kesedaran VS Tindakan yang saya tulis sebelum ni, saya telah ceritakan beberapa pengalaman berdiet saya sebelum saya menggunakan produk herbalife... kini saya ceritakan pula perjalanan diet saya bersama herbalife....

Segalanya bermula apabila berat saya yang sudah turun ke angka 74kg pada bulan puasa kembali naik ke angka 76kg (sama seperti berat saya sebelum berpuasa...huhu!) Pada usia yang menginjak ke angka 30, saya berasa seperti terancam! Rasanya ramai kot yang ada perasaan macam saya ni... bile tengok cermin, nampak lemak... pipi tembam... rasa kurang cantik! Bukan itu sahaja, saya mudah penat, mudah sakit kaki dan sakit pinggang... dah rasa macam orang tua pulak... kadang-kadang gaya penat tu mengalahkan mak saya yang lebih tua tu...huhu! Saya mesti buat sesuatu lagi ni... tak cukup kalau saya berdiet sahaja... tetapi badan tidak juga terasa sihat... dan lemak juga masih ada... dalam kepala memang terfikir nak cuba herbalife je...

Jadi sebelum saya mencuba, saya buat research dulu... macam-macam tentang herbalife yang saya cari... dari aspek harga, penggunaan, testimoni dan segala-galanya lah... nak try produk mahal ni mesti kena sungguh-sungguh... kemudian, saya perasan yang pengedar herbalife ni guna penimbang Tanita... eh, macam pernah dengar je nama penimbang ni... aha! rupanya adik saya ada beli untuk buat tesis master dia... ntah apa dia buat dengan penimbang tu tak tahu lah... tapi saya mesti guna penimbang tu jugak untuk pantau perkembangan saya lepas ni....

Maka langkah pertama saya buat ialah membeli produk herbalife untuk sebulan... saya agak skeptikal dengan skim MLM ni (herbalife kan produk MLM)... so, saya tak nak jadi ahli maka saya beli dengan harga retail... fuhh, berpeluh jugaklah nak keluarkan duit beli produk nih... kemudian, saya culik penimbang Tanita adik... pertama kali naik agak jakun jugak lah... mujur adik ade bg tunjuk ajar cara nak guna dan baca maklumat yang diberi... (ala... kalau tak ajar pun, boleh baca kat manual kot....hehe!)

Setelah dapat produk, maka dengan rasminya pada 01/09/13 saya mula menggunakan produk herbalife....

Kesedaran VS Tindakan: Episod 3 (diet dengan herbalife)

Entry ini agak panjang... sila tarik nafas yang panjang sebelum membaca...

Setelah 3 bulan berdiet (bulan pertama ala-ala atkins, bulan kedua dengan mengambil produk fiber dan bulan ketiga sudah kelaut dietnya), maka berat saya pun turun daripada 82.7 kg kepada 76.7 kg... jumlah penurunan sebanyak 5 kg dalam tempoh 3 bulan... not bad lah bagi saya...huhu! Walaupun berat turun, tetapi saya tak nampak banyak perubahan terhadap diri saya... yang saya perasan ialah seluar jeans yang selalu dipakai sudah sedikit longgar... saya je yang perasan perubahan tu... orang lain masih tak perasan... alahai....

Masuk bulan keempat, iaitu antara bulan mei hingga jun, saya tidak melakukan apa-apa perubahan drastik melainkan mengawal pengambilan nasi sahaja... waktu ni saya dah beli penimbang...hehe! tapi penimbang yang pakai jarum tu jela... penimbang yang murah je... asalkan boleh timbang... sebab waktu ni saya rasa macam takde mood nak teruskan diet... ada kawan lak kata, "kita ni jenis susah nak turun berat, tak payah la diet-diet sangat"... lagi la macam jadi kurang bersemangat...huhu! Hasilnya, bulan keempat berat saya statik di angka 76kg... kadang-kadang terkurang, kadang-kadang terlebih... tapi akhirnya ke angka 76 jugak...

Bulan yang kelima, antara jun hingga julai juga berlalu macam tu... saya mula malas menjaga makan... saya malaskan diri untuk segala-galanya... cuma untungnya saya dah kurang selera makan nasi... jadi secara tak langsung saya masih berjaya kawal berat saya... dan masih statik di angka 76kg...huhu!

Bulan keenam ialah bulan puasa... bagi saya bulan puasa ni agak bahaya sebab kadang-kadang nafsu makan time bulan puasa ni la yang terlebih-lebih...hehe! boleh mengakibatkan saya tidak turun berat, boleh jadi statik dan malah boleh bertambah berat kalau tak dikawal... waktu ni ada beberapa rakan tempat kerja mengambil produk herbalife... sebab ramai yang nak kelihatan cantik untuk raya lah katakan... saya hanya memandang sahaja bila mereka menerima produk herbalife...huhu! Dalam hati saya berkata, "Takpe lah, korang try la dulu... nanti dah nampak perubahan, aku try pulak..." tapi kepala dok berkira-kira jugak... herbalife ni mahal... mampu ke aku beli? nampak gayanya kena lah kumpul duit...

Maka, sepanjang bulan puasa saya dan keluarga mengamalkan sikap berjimat-cermat... beli ikut kemampuan nak makan, bukan ikut kemahuan nak makan...hehe! Hasilnya, berat saya turun ke angka 74kg... alhamdulillah... lagi 4kg turun dah boleh tuntut hadiah en.suami nih!

Bulan ketujuh pun menjelma... bulan yang paling menakutkan... ogos iaitu bulan raya! Bulan ni lagi bahaya daripada bulan puasa... mana tak bahaya... sana sini makan je... lagi lah bila beraya di rumah mertua... pagi2 raya dah ada nasi minyak, nasi dagang, sate.... hui... kalau balik rumah mak pulak ada lontong, lemang, ketupat dan rendang... memang penambah lemak-lemak sedia ada la...

Kat tempat kerja pulak boleh kata hari-hari ada pot luck... makan lagi... makan lagi... dan makan lagi... akhirnya selepas 2 minggu raya, beratku naik 2 kilo kembali ke angka 76... huwaaaa!!! dahla lagi beberapa hari usia saya nak ke angka 30... dengan badan yang berat dan rasa kurang sihat ni saya betul-betul rasa kurang berkeyakinan... saya perlu buat sesuatu nih...

Maka, saya memulakan pencarian di internet tentang pengurusan berat badan... sehinggalah saya terjumpa satu blog yang menyatakan untuk menurunkan atau menaikkan berat badan, apa yang perlu dikawal ialah kalori! Apa tu kalori? Kalori tu ialah unit untuk ukur tenaga... badan kita perlu tenaga... tenaga datang daripada makanan... (lebih kurang macam tu la...) Google punye google maka dapatlah saya beberapa maklumat berguna... Nak cerita pasal kalori nanti lah kot pada entri lain... tapi apa yang penting yang saya tahu ialah, setiap orang memerlukan nilai kalori tertentu... kalau dia kurang makan, maka kalori intake kurang, dan badan akan bakar lemak untuk tampung kalori yang kurang, jadi berat akan berkurang... kalau terlebih makan, bermaksud kalori pun terlebih dan tiada pembakaran lemak berlaku... maka kalori yang lebih akan disimpan dalam badan dan menambahkan berat badan....

So sekarang, saya sudah tahu untuk turun berat, bukan setakat sekat makanan, tetapi perlu tahu nilai kalori yang kita ambil... hadui, macam leceh je nak tahu kalori bagai... makanan dah la banyak... nak kena kira lagi... hmmmm.... google punya google lagi nak cari makanan rendah kalori.... maka keluarlah search result antara makanan rendah kalori ialah herbalife...(wah.... macam tahu-tahu je saya berminat dengan herbalife)... jadi, nak tak nak, saya kena berani mencuba nih... apa lagi, kena la tanya en.suami...

Maka, dipendekkan cerita, saya minta izin en.suami untuk guna produk herbalife... siap kena janji lak tu supaya betul-betul berdisiplin supaya tak jadi pembaziran... dengan gunakan duit pot luck yang dapat sebelum raya, saya pun beli produk herbalife pertama saya (nasib baik tak habiskan untuk raya... dan dengan kuasa veto saya sebagai kakak, saya juga bertindak menculik penimbang Tanita yang adik saya beli untuk menyiapkan tesis dia...hehehe!! apa tu penimbang tanita? nanti saya terangkan pada entri lain ye... dan cerita saya bersama herbalife juga akan bersambung..........................................

Kesedaran VS Tindakan: Episod 2 (sambungan)

Pada entri yang lepas, saya dah bercerita tentang penurunan berat saya dengan bantuan produk fiber...
berat saya telah turun sebanyak 3.5 kg... satu pencapaian yang baik bagi saya... tapi saya berfikir-fikir untuk teruskan pengambilan produk... kenapa? ini pendapat saya ye... jangan lah lepas ni hentam saya atas statement saya ni pulak eh...

Produk fiber ni memang bagus bagi orang yang mempunyai masalah sukar membuang seperti saya... sebab secara asasnya, mana-mana produk fiber mesti akan membuatkan pengamalnya buang air besar samada secara kerap atau kurang kerap... saya suka dan saya tak suka... eh? ape ni? saya suka sebab badan saya ringan selepas membuang... lemak2 kelihatan seperti dibuang sama...hihi! saya tak suka sebab saya risau kalau-kalau perut saya rosak ke... usus rosak ke... yela, perut masuk macam-macam, lepas tu minum fiber dan buang... macam kene flush pulak kan... jadi atas faktor itu, saya pun berhenti guna produk fiber tu...

Dah tu, macam mana nak kurangkan lagi 6.6 kg ni? untuk bulan seterusnya, saya mengambil pendekatan kembali kepada cara saya yang pertama iaitu kurangkan nasi... tp almaklumlah, selepas sebulan makan semula nasi walaupun sedikit, jadi susah pulak saya nak betul-betul ikut cara saya yang mula-mula dulu iaitu 5 hari tak makan nasi, 2 hari makan nasi...huhu! kali ni saya tak begitu strict dengan nasi... kawal sket2 je...

Maka, seperti biasa, selepas sebulan, saya pun buat date dengan penimbang kat giant tu...


Weight: 76.7 kg

Height: 160.0 cm (ha... baru betul...)
BMI: 30.0
Body Fat Index: 42.1%
Body Fat Mass: 32.3 kg

(Date: 14/05/13)

Ada perubahan tak?
Uwaaa! Rupenya berat tak turun.... naik 0.1 kg lagi ada...huhu!
Sia-sia lah daku berdiet sebulan ni... tak turun ape pun... tinggi je yang kembali normal... ke penimbang tu bengong? Haish... stress betul waktu tu...hehe! Walaupun berat naik 0.1 kg jerrrr, tapi bady fat index turun la jugak jadi 42.1% pastu body mass index pun turun jugak jadi 32.3 kg.... tapi yang saya nak ialah angka berat tu menurun... wuuuuuu!

Kalau macam ni la keadaannya, tak tercapai la hasrat nak dapat hadiah dari en.hubby ni!

Kesedaran VS Tindakan: Episod 2 (diet dengan fiber)

Bismillah...

Setelah sebulan mengamalkan diet kurang nasi (lebih sesuai berbanding tulis diet tanpa nasi kot...), saya telah pun berjaya menurunkan berat sebanyak 2.6 kilo... alhamdulillah... syukur juga la... dengan penat lelah berdiet kurang nasi ni akhirnya berat turun... tapi bila memikirkan susah juga bila terpaksa ikat perut dah serupa macam puasa sebulan ni, maka saya pun mencuba altenatif lain bagi menurunkan berat ni...

Nak tahu apa yg saya cuba? Herbalife ke? Eh, belum lagi... jauh lagi perjalanan cerita saya ni sebelum saya menggunakan herbalife...huhu!

Kali ni saya berfikir untuk mengurangkan diet kurang nasi saya tu... so saya kena cari produk yang boleh bantu saya kurang kan berat! yela...susah nak bertahan selama berbulan-bulan kalau tak makan nasi ni... orang yang betul-betul kental je kot yang boleh... saya selalu kalah bila balik rumah mak atau rumah mak mertua... mesti kena makan nasi lah... kalau tak makan nanti takut kecik ati pulak kan...

So, saya pun mencuba produk minuman diet berasaskan fiber... time waktu-waktu tu tengah hangat promosi dia... bukak facebook je mesti ada orang iklan kan produk ni... boleh turun berat badan 5 kilo seminggu... wow! dan saya adalah salah seorang yang terpengaruh dan beli....hihi! Dengan harga RM300++ saya pun beli dan cuba... dia ada 2 produk... satu untuk makan pagi dan satu untuk makan petang...

Saya ni sebenarnya skeptikal jugak dengan produk-produk macam ni... dulu waktu zaman bujang pernah dah try teh kurus... hasilnya memang saya berjaya kurus... tapi perjalanan nak kurus tu payah jugak... kalau siapa yang pernah try produk2 teh kurus ni mesti tau... setiap pagi mesti ada panggilan kecemasan ke tandas... tak boleh ditahan2... dan akan berlanjutan beberapa jam... itu ikut pengalaman saya la...

Produk fiber ni pun lebih kurang gak kesan dia macam tu... tetapi alhamdulillah, produk yang saya ambil ni tak seteruk teh yang dulu... panggilan kecemasan ke tandas tu still ade... tp tak la teruk... dan biasanya sekali sahaja... tak la sampai berkali-kali ke tandas...hehe!

Jadi, dengan menggunakan produk fiber ni, saya tak perlu lah strict sangat tak makan nasi tu... kalau ikut cara penggunaan produk ni, saya boleh makan seperti biasa... tapi kurangkan makanan berlemak dan kena minum air banyak....
hmmm... kurangkan makanan berlemak tu tak berjaya sangat... sebab saya kalau masak di rumah selalu sahaja masak makanan banyak lemak... ayam goreng, masak lemak cili api, masak merah, masak gulai, masak kari.... maka lemak tidak berkurang disitu...hehe!
minum air banyak pun kurang berjaya sebab saya hanya minum ikut suka saya sahaja... salah satu sebab, saya tak suka ke toilet selalu...huhu!

Maka saya pun meneruskan juga lah perjalanan diet saya selama sebulan dengan gunakan produk fiber tu... walaupun perkara penting bagi keberkesanan produk tu saya tak ikut. Setelah lebih kurang sebulan, saya pun seperti sebelum ni melawat saya punya penimbang di giant tu... dan inilah hasilnya!



Weight: 76.6 kg

Height: 158.5 cm (aik! semakin pendek pulak saya ni?)
BMI: 30.5
Body Fat Index: 42.8%

Body Mass Index: 32.8 kg
(Date: 17/04/13)

Apa hasilnya ye? kalau ikut result yang lepas, berat saya ialah 80.1 kg... sekarang 76.6 kg... bermaksud saya berjaya kurangkan 3.5 kg dalam sebulan... yey! BMI tu kira dah kurang valid la kot sbb tinggi saya kalau ikutkan yang sebenar ialah 160 cm... tp kali ni jadi makin pendek lak ke 158.5...huhu! bile turun berat, tinggi pun turun gak ke? aiseh, macam tak logik je! then, kalau ikut body fat index, ada penurunan dari 44.1% ke 42.8% dan body mass index pun turun dari 35.3 kg ke 32.8 kg... whoa... memang hebat la produk fiber ni... lebih ok dari diet kurang nasi dulu...

Tapi boleh percaya ke penimbang tu? entah-entah ada ralat ke... tinggi saya pun banyak ralat, inikan pula berat dan bacaan fat index dan fat mass tu... hmmm... tak kire la dia betul ke tak, janji saya nampak perubahan angka-angka tu... tu je yang saya fikir....huhu!

maka, apa yang berlaku seterusnya ye? ada 6.6 kg lagi ni sebelum boleh claim hadiah dari en.hubby...

Kesedaran VS Tindakan: Episod 1 (sambungan)

Berat saya sudah melebihi 80kg dengan BMI 32.3. Apa yang patut saya lakukan?

Selepas mendapat kesedaran untuk menurunkan berat badan, saya pun melakukan satu perubahan drastik! Saya tidak makan nasi untuk 5 hari dalam seminggu... Maksudnya, pada hari bekerja, saya tidak pergi makan tengahari... saya skip lunch... saya hanya bersarapan di rumah dan makan dinner sahaja (tanpa nasi)...
Kira ala-ala diet atkins la ni walaupun pada ketika itu saya tidak tahu pun kalau seseorang itu amalkan diet tanpa karbohidrat tu dinamakan diet atkins...huhu! Naifnye saya waktu tu....

Setiap hari saya akan bersarapan di rumah... kadang-kadang saya makan roti, goreng nugget, minum nestum atau makan oat... kemudian sepanjang hari di tempat kerja, saya tidak makan... kalau ada pun makan makanan ringan contohnye kuih atau roti... sehinggalah petang barulah saya makan bersama suami dan anak-anak..... biasanya menu saya ialah mee sup... kalau keluarga makan nasi pun, saya hanya makan lauk... seksa jugak rase... almaklumlah... daripada orang yang makan nasi sepinggan kepada tak makan nasi langsung... umpama berpuasa jugaklah time tu.... tahan lapar dan dahaga... cuma tak berniat je...huhu! bila difikirkan semula... lebih baik saya berpuasa time tu... hmmm....

Setelah sebulan berlalu, saya pun pergi ke penimbang di giant...hehe! Maka inilah hasilnya...



Weight: 80.1 kg
Height: 159.0 cm (boleh pulak jd pendek...hihi!)
BMI: 31.7
Body Fat Index: 44.1%
Body Fat Mass: 35.3 kg

(Date: 14/03/13)

Alhamdulillah... berat sudah turun 2.6 kg (kalau ikut penimbang tu la....)
tapi body fat index naik pula ke 44.1%... dulu tu cuma 43.3%
lagi pelik body fat mass kurang 0.5 kg dari 35.8kg ke 35.3kg... body fat index naik, tp body mass index turun... pening-pening lalat jadinye...
maybe penimbang tu yang ralat gaknye.... tinggi saya pun kurang 1 cm jadinya...

Apa-apa pun hati sudah berbunga-bunga gembira... janji ada perubahan berat yang berlaku.... namun macam tak ada siapa pun yang perasan berat aku dah turun ni...

Bila balik rumah, tunjuk slip kat en.suami
Me: "Ayah, berat ibu dah turun..."
Hubby: "Ala... baru turun 2 kilo.... tp tengok macam tak turun pun...." (isyh... saje je la en.suami ni...)
Me: "Mane ibu tau... tp penimbang ni tulis berat ibu dah 80...hehe!"
Hubby: "Ok la kalo dah turun... kalo ibu turunkan sampai 70 kilo nanti ayah bg hadiah"
Me: "Yeke? Ok... kalo turun sampai 70, ayah kene bg hadiah ye!"

Hihi! Saya dah mula pasang cita-cita nak dapatkan hadiah tu walaupun tak tahu ape mendenye...hehe!
Tapi berapa lama masa nak ambil untuk turunkan berat 10 kilo lagi nih? Hadui... sebulan diet kurang nasi ni bagi saya agak sukar... sebab ada masanya saya pun sukar nak kawal rasa nak makan... kadang-kadang terbabas jugak diet... sebab tu saya kata tak makan nasi 5 hari seminggu... sebab 2 hari lagi waktu tidak kerja tu saya akan ambil sedikit nasi dan kadang-kadang makan apa yang saya nak.... mujur beratku turun... saya kena buat sesuatu lagi ni nampaknya...

Kesedaran VS Tindakan: Episod 1 (diet ala atkins)

Bismillah...
Pernahkah anda mengalami situasi seperti saya?
Anda sedang menyarungkan baju ke badan di hadapan cermin... tetiba awwww!! kelihatan bonjolan lemak-lemak di belakang badan...huhuhu! sedih....kan?

Itulah situasi pertama yang memberi kesedaran kepada saya.... semuanya berlaku pada suatu pagi yang sibuk ketika saya terkocoh kacah menyiapkan diri untuk ke tempat kerja dan menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah... saya tidak sempat untuk menggosok baju, maka saya capai baju yang nampak kurang berkedut dan mudah untuk dipakai (a.k.a kain ala-ala lycra). Kain yang macam ni memang cantik sebab agak berat dan jatuh.... tetapi aduhai, menonjol pulak lemak-lemak yang ada ni...huwaaaa!

Disebabkan sudah terlewat maka saya keluar jugalah bekerja dengan memakai baju tersebut... dan seingat saya, hari itu antara hari yang menyuramkan sepanjang waktu bekerja.... terbayang-bayang kat kepala ni betapa hodohnye badan saya dengan lemak-lemak itu...

Adus, macamana ni? Saya mesti buat sesuatu... nampak gaya badan saya semakin berat dan penuh lemak... kena diet la nampaknya... tapi sebelum tu saya mesti kena tahu berapa berat saya sekarang ni... baru la boleh set target untuk turunkan... betul tak?

Kebetulan waktu hujung minggu tu kami sekeluarga keluar shopping... mata saya tetiba ternampak lah penimbang yang boleh ukur tinggi, berat, lemak dan tekanan darah tu...
Kalau dulu-dulu, saya paling takut nak naik penimbang jenis macam ni... sebab dia pandai lak bercakap berat dan tinggi kita ni kuat-kuat... pastu ade gak pesen yang cakap kite ni gemuk ke kurus... ade ke patut...huhu! tapi disebabkan keinginan yang kuat untuk tahu tentang berat saya, maka saya pun laburkanlah RM1 untuk guna penimbang tu... maka, inilah resultnya....jeng jeng jeng!!!


Ha... nampak tak?
Kalau tak jelas, meh saya tuliskan... yang penting jela ye...

Weight: 82.7 kg
Height: 160.0 cm
BMI: 32.3
Body Fat Index: 43.3%
Mass Body Fat: 35.8 kg
(Tarikh: 16/02/13)

Haaaa..... hamik!
BMI 32.3.... kategori obes!!! saya termasuklah rakyat Malaysia yang obesiti keluar dalam paper tu.... wuuuuuuuu!!! sedey beb! Berat lemak sahaja 35.8 kilo... patutla sampai terbonjol-bonjol...

Time tu jugak tanya encik suami...
Me:  "ibu rase berat dah naik la.... ayah tak perasan ke?"
Hubby: "yeke... rase macam biasa je..." (senyum-senyum)
Me: "cuba tengok ibu punye result ni... ibu dah gemuk la" (tunjuk slip)
Hubby: "Uih... beratnye... dah lebih 80kg ke?" (saje je!)
Me: "ibu kene diet la... dah tak sedap badan je rase..."
Hubby: "elok gak la tu..."
Me: "kalo ibu nak try herbalife boleh tak?" (masa tu ada kengkawan yang try dan nampak perubahan... ade gak terdetik nak try... tp almaklumlah harga mahal... so kene la mintak permission dulu)
Hubby: "takyah la... mahal...nanti kalau tak berkesan macamane? membazir je"

Maka dengan  itu terhentilah perbualan saya dengan en.suami... time tu berfikir, betul jugak kata dia... kite ni dahlah suka makan... herbalife tu mahal... kalau takde kesan kan dah kira membazir... namun dalam hati tetap pasang angan-angan nak cuba herbalife...

So, apa yang saya buat untuk turunkan berat tu? Bersambung ye...

Penghijrahan Gaya Hidupku

Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini merupakan hari terakhir dalam kalendar Islam 1434 Hijrah...
InsyaAllah tahun baru 1435 Hijrah bakal membuka lembaran baru bagi setiap umat Islam di seluruh dunia....
Semoga kita akan menjadi hamba-Nya yang diredhai dan sama-samalah kita cuba perbaiki diri dan berusaha mencapai impian hidup di dunia dan di akhirat... Amin....

Bersempena dengan tahun baru ini, terdetik di hati ini untuk membuka satu blog untuk didedikasikan kepada semua yang ingin melakukan perubahan terhadap penampilan dan kesihatan diri. Khususnya bagi yang ingin mencuba produk herbalife boleh lah mendapat sedikit kekuatan dan keyakinan bagi meneruskan niat anda tu ye...

Alkisahnya, saya belum lama pun menggunakan produk ini.... Tetapi dalam tempoh yang singkat itu berjaya memikat hati saya untuk meneruskan pengambilan sehinggalah saya mencapai apa yang saya inginkan dalam kehidupan saya di dunia sekarang... iaitu kesihatan dan kecergasan!

Dari semasa ke semasa, saya akan coretkan di blog ini perkembangan dan cerita saya ye... till then, Assalamualaikum...