Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini merupakan hari terakhir dalam kalendar Islam 1434 Hijrah...
InsyaAllah tahun baru 1435 Hijrah bakal membuka lembaran baru bagi setiap umat Islam di seluruh dunia....
Semoga kita akan menjadi hamba-Nya yang diredhai dan sama-samalah kita cuba perbaiki diri dan berusaha mencapai impian hidup di dunia dan di akhirat... Amin....
Bersempena dengan tahun baru ini, terdetik di hati ini untuk membuka satu blog untuk didedikasikan kepada semua yang ingin melakukan perubahan terhadap penampilan dan kesihatan diri. Khususnya bagi yang ingin mencuba produk herbalife boleh lah mendapat sedikit kekuatan dan keyakinan bagi meneruskan niat anda tu ye...
Alkisahnya, saya belum lama pun menggunakan produk ini.... Tetapi dalam tempoh yang singkat itu berjaya memikat hati saya untuk meneruskan pengambilan sehinggalah saya mencapai apa yang saya inginkan dalam kehidupan saya di dunia sekarang... iaitu kesihatan dan kecergasan!
Dari semasa ke semasa, saya akan coretkan di blog ini perkembangan dan cerita saya ye... till then, Assalamualaikum...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan