Halaman

Selasa, 5 November 2013

Kesedaran VS Tindakan: Episod 2 (sambungan)

Pada entri yang lepas, saya dah bercerita tentang penurunan berat saya dengan bantuan produk fiber...
berat saya telah turun sebanyak 3.5 kg... satu pencapaian yang baik bagi saya... tapi saya berfikir-fikir untuk teruskan pengambilan produk... kenapa? ini pendapat saya ye... jangan lah lepas ni hentam saya atas statement saya ni pulak eh...

Produk fiber ni memang bagus bagi orang yang mempunyai masalah sukar membuang seperti saya... sebab secara asasnya, mana-mana produk fiber mesti akan membuatkan pengamalnya buang air besar samada secara kerap atau kurang kerap... saya suka dan saya tak suka... eh? ape ni? saya suka sebab badan saya ringan selepas membuang... lemak2 kelihatan seperti dibuang sama...hihi! saya tak suka sebab saya risau kalau-kalau perut saya rosak ke... usus rosak ke... yela, perut masuk macam-macam, lepas tu minum fiber dan buang... macam kene flush pulak kan... jadi atas faktor itu, saya pun berhenti guna produk fiber tu...

Dah tu, macam mana nak kurangkan lagi 6.6 kg ni? untuk bulan seterusnya, saya mengambil pendekatan kembali kepada cara saya yang pertama iaitu kurangkan nasi... tp almaklumlah, selepas sebulan makan semula nasi walaupun sedikit, jadi susah pulak saya nak betul-betul ikut cara saya yang mula-mula dulu iaitu 5 hari tak makan nasi, 2 hari makan nasi...huhu! kali ni saya tak begitu strict dengan nasi... kawal sket2 je...

Maka, seperti biasa, selepas sebulan, saya pun buat date dengan penimbang kat giant tu...


Weight: 76.7 kg

Height: 160.0 cm (ha... baru betul...)
BMI: 30.0
Body Fat Index: 42.1%
Body Fat Mass: 32.3 kg

(Date: 14/05/13)

Ada perubahan tak?
Uwaaa! Rupenya berat tak turun.... naik 0.1 kg lagi ada...huhu!
Sia-sia lah daku berdiet sebulan ni... tak turun ape pun... tinggi je yang kembali normal... ke penimbang tu bengong? Haish... stress betul waktu tu...hehe! Walaupun berat naik 0.1 kg jerrrr, tapi bady fat index turun la jugak jadi 42.1% pastu body mass index pun turun jugak jadi 32.3 kg.... tapi yang saya nak ialah angka berat tu menurun... wuuuuuu!

Kalau macam ni la keadaannya, tak tercapai la hasrat nak dapat hadiah dari en.hubby ni!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan