Halaman

Selasa, 5 November 2013

Permulaan saya bersama Herbalife: Episod 3 (kenapa ambil produk tu?)

Bismillah...

Dalam entri lepas, saya sudah beritahu apa produk permulaan yang saya ambil...
Kenapa saya membeli semua produk tersebut? (Sebab mentor atau coach saya suruh ambil...hehe!) Lupe nak bgtau, bila anda membeli produk herbalife, automatik anda akan dapat coach yang akan pantau perkembangan anda... best kan? So, apa2 boleh tanya kat dia... perjalanan nak diet pun jd lebih teratur... Ok, balik kepada cerita nak uruskan berat ni...

Jika anda ingin menguruskan berat badan samada anda ingin tambah, kekal mahupun kurangkan berat, anda perlu tahu apakah matlamat anda... berapa berat yang anda sasarkan, berapa inci pengurangan pada saiz badan dan tempoh yang anda beri untuk diri anda capai matlamat tersebut...

Terdapat 3 produk asas herbalife yang telah saya terangkan pada entri terdahulu... mengikut pencarian saya melalui internet:
1. Nak turun berat cepat: ambil F1 dan teamix
2. Nak kurang inci cepat: ambil F1, F3 dan teamix

Saya berhasrat untuk mencapai berat 60kg menjelang tahun 2014. Pada permulaan saya bersama herbalife pada 01/09/13 berat saya adalah 76.4 kg... jadi saya perlu mengurangkan sekurang-kurangnya 16kg dalam tempoh 4 bulan... setiap bulan saya harus turunkan sebanyak 4 kilo... saya kurang fikir tentang nak kurangkan inci... tetapi berbeza pula pandangan coach saya... menurut dia, saya perlu kurangkan inci juga kerana saya sudah berjaya mengurangkan berat daripada 82 kepada 76... maka sepatutnya badan saya akan kelihatan lebih kecil... tetapi perkara tu tak berlaku dan orang pun tak perasan berat saya dah turun...

Maka sebab itu lah saya mengambil ketiga-tiga produk herbalife ni... (kalau ikut budget saya, F1 dan teamix pun cukupla....huhu!) Pastu kenapa saya kena beli 2 botol F1? Sebabnya, purata penggunaan sebotol F1 tu adalah untuk 30 hingga 40 hari... sehari kena ambil 2 kali herbalife... so sebotol boleh tahan 15 hingga 20 hari.... ini pun bergantung kepada cara anda scoop dan berapa kali pengambilan dalam sehari... nanti saya terangkan kemudian cara scoop tu ye...

Secara asasnya cara pengambilan herbalife untuk pengurusan berat ialah:
1. Untuk turunkan berat: 2 shake (F1+F3) dan 1 hidangan normal
2. Untuk kekal berat: 1 shake (F1+F3) dan 2 hidangan normal
3. Untuk tambah berat: 3 shake selepas 3 hidangan normal

Ha, untuk turunkan berat kena la ambil 2 kali shake herbalife tu... sebab tu kena beli 2 botol supaya cukup untuk sebulan... Pastu saya ada gak tertanya-tanya, kenapa suruh beli teamix 100g eh? kan ade yang 50g je... jawapan coach saya senang je... 100g lebih murah jadi lebih jimat...huhu! setelah menggunakannya, baru la saya tahu, selain daripada lebih murah, rupa-rupaya 1 botol 100g memang cukup-cukup untuk penggunaan saya selama sebulan...

Nak tahu macam mana saya ambil produk herbalife? Sambung kat entri lain ye... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan